Followers

December 25, 2008

untukmu sahabat

sahabat
suatu ketika dulu
kita tak mengenali sesama kita
tidak mengenali hati budi kita
mungkin kita pernah bersua
tapi hanya sekadar bersua
tiada bicara antara kita

sampailah satu ketika
kita bertemu dan berkenalan
mula mengenali hati budi masing-masing

masa terus berlalu
hari-hari yang ku lalui
sangat indah tatkala aku bersamamu
hariku tidak lengkap tanpa adanya dirimu

hadirnya dirimu
membawa seribu makna dalam hidupku
jutaan memori yang kita hadapi bersama
yang manis, pahit, gembira, sedih dan segalanya
sangat bermakna bagi diriku
kenangan itu
akan ku semat sebagai satu kenangan abadi

sahabat
mungkin sepanjang perkenalan kita
aku pernah mengguris hatimu
pernah menyakiti hatimu
ku mohon setulusnya darimu
maafkanlah diriku

sahabat
sepanjang perkenalan kita
aku takut
adakah aku akan kehilanganmu
andai ianya berlaku
ku akan kehilangan sesuatu yang amat bermakna
amat berharga dalam hidupku

namun
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
walau berat untukku terima hakikat itu
aku tidak akan berhenti menyayangimu
kerana hanya itu yang mampu untuk ku lakukan
demi sebuah persahabatan yang telah kita bina bersama
dan persahabatan ini akan tetap bersemadi dalam jiwaku

teman yang amat ku sayangi
apa yang tersimpul di hati kecilku ini
hanya satu yang ku pinta
agar dikau sentiasa mengingati segala memori
sepanjang perkenalan kita

terima kasih
kerana sentiasa memahamiku
sentiasa menyokongku
menegurku atas kesilapanku

terima kasih atas segalanya
aku sayang kamu

untukumu wahai sahabat...

2 comments:

Anonymous said...

sedih den dengar..

Anonymous said...

aii..
encik mario..
adekah sy mngenali sahabatmu itu..??
hehe..
jgn sedey2 kay..

Related Posts with Thumbnails