Hayati dan fahami….
Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitu lah juga setelah kamu
memberi banyak pengharapan kepada seseorang…setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar keperluan mu….
Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi… .
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya ….
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal
Kata-kata ni bukan aku punya..
Saja aku post sekadar peringatan bersama.....
1 comment:
saye suke entry neh~~~~
Post a Comment